PERKARA YG MENGAGALKAN AKTIVITI BERDIET ANDA.




Ada pelbagai sebab yang mendorong seseorang memelihara berat badannya.Golongan remaja melakukannya untuk penampilan diri, manakala golongan dewasa pula untuk kesihatan diri.
Apa pun sebabnya, memiliki berat badan ideal banyak manfaatnya. Berdiet dengan tidak disertakan disipilin dan motivasi yang kuat sering kali menemui kegagalan.Oleh itu, kenalilah perkara-perkara yang menggagalkan aktiviti berdiet anda.
Lapar
Apabila rasa lapar yang mengisyaratkan tubuh memerlukan makanan muncul, biasanya anda akan makan berat dengan beranggapan bahawa tindakan itu tidak melanggar disipilin berdiet. Sebenarnya, perbuatan ini akan mengganggu aktiviti berdiet anda.
Tergoda
Anda selalunya tidak dapat menegah diri daripada menerima pelbagai jenis makan yang biasanya menghidangkan makanan yang lazat.Godaan inilah yang biasanya sukar dielakkan.
Menebus
Istilah ini paling tepat menggambarkan perasaan yang sering muncul setelah anda mengaut hasil yang memuaskan daripada aktiviti berdiet anda. Lantaran itu, anda akan menebus nafsu makan selama ini dengan melahap segala jenis makanan yang ada. Dengan mudahnya berat badan lama kembali semula mungkin lebih teruk berbanding dulu.
Disiplin Waktu
Anda yang tidak berpegang teguh kepada disiplin waktu iaitu hanya makan pada waktu yang sepatutnya sahaja yakni pada waktu pagi, tengah hari dan malam juga akan menggagalkan aktiviti berdiet anda.
Menu Seimbang
Menu seimbang mengelakkan anda daripada tertumpu kepada sejenis zat makanan sahaja seperti karbohidrat, protein dan lemak. Zat-zat ini jika diambil berlebihan akan menggemukkan anda, jadi gagallah aktiviti berdiet anda. Selain itu, pengambilan gizi yang tidak seimbang menyebabkan anda mudah sakit.

0 comments:

Post a Comment